Comfortable Reach Charger : Hub Pengecas Dengan Wayar Yang Panjang

Comfortable Reach Charger : Hub Pengecas Dengan Wayar Yang Panjang

Diterbitkan pada Jan 12, 2015 oleh .

Managable-Cable-1

Situasi ini kami yakin ramai yang boleh katakan pernah mengalaminya. Anda ingin menggunakan peranti ketika menonton TV tetapi bateri sudah turun ke tahap kritikal. Apabila pengecas disambungkan anda tidak boleh berbaring di atas sofa kerana kabel pengecas terlalu pendek dan anda terpaksa duduk di atas lantai dalam keadaan yang tidak selesa. Dengan Comfortable Reach Charger masalah ini dapat diselesaikan. Ianya alat pengecas dengan wayar sepanjang 4 meter dan mempunyai 3 port USB untuk mengecas tiga peranti serentak. Rekaannya kompak dan terdapat sistem pengurusan wayar terbina membuatkan ia mudah dibawa kemana-mana. Dengan adanya pengecas wayar panjang ini anda boleh terus tidak mengendahkan isteri, anak dan kucing yang duduk sebelah anda di rumah dan meneruskan hidup di dunia Clash of Clan anda. Ayat terakhir tadi adalah sarkastik tetapi malang sekali ianya berasaskan realiti.

Managable-Cable-2


TIPS & ULASAN