Sony Mengemaskini Harga Jualan Untuk Xperia Z3, Xperia T2 Ultra LTE, dan juga Xperia C3

Sony Mengemaskini Harga Jualan Untuk Xperia Z3, Xperia T2 Ultra LTE, dan juga Xperia C3

Diterbitkan pada Jan 12, 2015 oleh .

Sony kini dilihat telah mengemaskini harga jualan mereka, dimana kini Xperia Z3 dijual pada harga kurang RM200, selain mana telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan mereka – Xperia T2 Ultra LTE turut menerima potongan, termasuk telefon pintar memfokuskan selfie daripada Sony, iaitu Xperia C3 LTE.

Sony Xperia Harga Baru

Xperia Z3 yang mana merupakan antara telefon pintar Android terbaik di pasaran kini dijual pada harga RM2199, berbanding dengan RM2399 ketika pengenalannya sebelum ini. Sementara Xperia T2 Ultra LTE dan juga Xperia C3 LTE yang masing-masing membawakan harga jualan RM999 sebelum ini kini ditawarkan pada harga RM899.

Melalui imej promosi, ia dilihat penawaran ini hadir sempena dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba. Tetapi pada halaman Sony Store Malaysia, harganya tidak dilabelkan sebagai promosi – berkemungkinan akan menjadi harga jualan baru untuk peranti berkenaan.

Bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan telefon pinta daripada Sony dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemak penawaran baru Sony ini. Ataupun anda juga turut boleh nantikan apakah kejutan yang ingin dibawakan oleh Sony melalui Mobile World Congress yang dijadualkan pada bulan Mac kelak.


TIPS & ULASAN