Carian
eTape16 : Pita Pengukur Pintar
January 12, 2015 Effi Saharudin

Kita kini hidup di dunia serba digital dan pemintaran barangan biasa semakin perlu. Pita pengukur yang biasa digunakan dalam sektor pembinaan juga kini wujud dalam versi pintar. eTape16 ialah pengukur digital pintar yang boleh ditambat kepada telefon pintar mennggunakan Bluetooth. Ia boleh memaparkan jarak yang diukur  pada paparan LCD terbinanya dan menyimpan data ukuran secara automatik. Terdapat juga fungsi mengukur titik tengah dan pilihan skala ukuran. Pita pengukur pintar ini diperbuat daripada bahan polikarbonat dan juga getah bagi memastikan ianya tahan hentakan.Dengan data yang dihantar secara automatik kepada peranti pintar masalah lupa ukuran perabot apabila ke IKEA kini dapat diselesaikan. Harga jualan ialah $60 sebuah.

etape16

 

Komen