Flappy Bird Kini Muncul Dalam Versi Arked

Flappy Bird Kini Muncul Dalam Versi Arked

Diterbitkan pada Jan 12, 2015 oleh .

Aplikasi permainan Flappy Bird ialah aplikasi permainan paling popular tahun lalu. Aplikasi ini mungkin boleh menimbulkan kemarahan ketika memainkannya tetapi telah dimuat turun lebih dari 50 juta kali. Tahun ini ia muncul pula dalam versi arked lengkap dengan skrin sebesar 42″. Anda mengawal burung dengan menekan butang merah pada bahagian hadapan arked. Perbezaan paling ketar antara versi arked dan aplikasi ialah anda boleh mengumpul tiket dan token yang kemudiannya ditukar untuk hadiah nyata. Arked ini dihasilkan secara berlesen oleh Bay Tek Games. Buat masa ini tidak diketahui berapakah harga sebuah kabinet arked ini. Adakah ia akan turut menjadi hit seperti aplikasi peranti pintarnya? Kami risau arked ini mungkin akan kerap rosak kerana menjadi mangsa pemain yang marah.

Flappy-Bird-Arked


TIPS & ULASAN