LINE Hadir Dengan Aplikasi Untuk Ekspresi Idea Dan Emosi Menggunakan Sticker

LINE Hadir Dengan Aplikasi Untuk Ekspresi Idea Dan Emosi Menggunakan Sticker

Diterbitkan pada Jan 12, 2015 oleh .

LINE mempunyai beberapa penawaran aplikasi dibawah mereka selain aplikasi permesejan utama. Terkini, mereka telah hadir dengan aplikasi LINE Stickers, dimana melaluinya mereka mengatakan ia membolehkan pengguna berkongsi idea dan mengekspresi sesuatu perkara dengan lebih baik berbanding hanya teks sahaja.

Line Stickers

LINE turut mengatakan pelbagai sticker baru dikemaskini setiap hari untuk membolehkan pengguna hadir dengan pelbagai perkongsian baru melaluinya.

Kami telah mencubanya, dan ia dilihat masih samar-samar mengapakah aplikasi ini diwujudkan. Melalui percubaan ringkas – tiada rakan-rakan kami yang menggunakannya – dan ia dilihat lebih kepada menambah teks kepada sticker sebelum pengguna berkongsi melaluinya. Pengguna turut boleh tag rakan-rakan, meninggalkan komen pada perkongsian tersebut, dan juga LIKE-nya. Secara kasar, ia dilihat seperti laman sosial yang berkomunikasi melalui penggunaan sticker.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak LINE akan memastikan pengguna akan terus kekal menggunakan aplikasi ini, dan bukan sekadar hanya untuk tujuan ujian sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store, dan juga Apple AppStore, serta mencubanya sendiri.

Muat-Turun Line Sticker untuk Android

Muat-Turun Line Sticker untuk iOS


TIPS & ULASAN