Facebook Dilaporkan Pernah Berbincang Untuk Melabur Pada Syarikat Xiaomi

Facebook Dilaporkan Pernah Berbincang Untuk Melabur Pada Syarikat Xiaomi

Diterbitkan pada Jan 13, 2015 oleh .

Penawaran peranti oleh Xiaomi boleh dikatakan salah satu fenomena di beberapa buah negara. Baru-baru ini, mereka telah menerima suntikan dana daripada beberapa pelabur yang mana meletakkan syarikat mereka pada nilai sekitar $45 bilion.

Xiaomi Redmi 1S

Terkini, sebuah laporan baru hadir daripada Reuters, mengatakan Mark Zuckerberg dan juga Lei Jun (CEO Xiaomi) pernah berbincang berkaitan dengan pelaburan Facebook didalam Xiaomi. Namun, pelaburan tersebut dikatakan tidak berlaku kerana beberapa perkara diambil kira oleh Xiaomi, termasuk sensitiviti berkaitan memberikan pegangan kepada syarikat Facebook yang mungkin menerima tekanan dalam negara, ataupun daripada Google.

Seperti semua sedia maklum, Xiaomi kini memperluaskan usaha dalam memperluaskan penawaran mereka ke luar China, dan semestinya kerjasama dengan pihak Facebook akan memberikan kelebihan dari segi kepercayaan, selain akses kepada laman sosial terkemuka tersebut.

Bagi Facebook pula, mereka boleh menyertai arena peranti mudah-alih, disamping pada masa yang sama mengedarkan pelbagai penawaran aplikasi terus melalui peranti Xiaomi.

Buat masa ini, laman Facebook masih lagi dihalang aksesnya di China, dan ia dikatakan perkara ini mungkin menjadi salah satu sebab utama kenapa pelaburan Facebook di dalam Xiaomi tidak berlaku.


TIPS & ULASAN