Cari @ Amanz

Google beberapa bulan yang lepas telah memperkenalkan aplikasi Chrome Remote Desktop untuk Android, sekaligus membolehkan para pengguna mengawal komputer destkop anda menggunakan telefon pintar atau tablet berasaskan Android. Hari ini, aplikasi tersebut turut diperkenalkan untuk iOS, sekaligs membolehkan perkara sama dilakukan menggunakan iPad atau iPhone.

Chrome Remote Desktop

Menggunakan aplikasi ini, selain anda boleh mengakses komputer anda sendiri, ia turut boleh digunakan sekiranya komputer rakan anda mengalami masalah, dan anda ingin menyelesaikannya dengan mudah. Memandangkan bukan semua menggunakan perisian seperti TeamViewer dan sebagainya, sokongan Chrome Remote Desktop ini mungkin suatu alternatif yang baik.

Untuk menggunakannya, pemilik komputer perlu sedia mempunyai pelayar web Chrome dengan pemalam Chrome Remote Desktop sedia terpasang, dan jua aplikasi sama terpasang pada peranti mudah-alih anda.

Seterusnya anda boleh menjana sebuah kod khusus pada pelayar web Chrome di komputer atau desktop, dan memasukkannya pada aplikasi mudah-alih, sebelum mula mengakses desktop tersebut menggunakan tablet atau telefon pintar anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd