Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Xiaomi sedia menjadualkan acara pengumuman khas untuk peranti baru mereka, dan kelihatan pihak Oppo turut tidak ketinggalan dan ingin memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dikenali sebagai Oppo R1C. Ia dijangka akan diperkenalkan seawal esok, berkemungkinan dengan satu lagi peranti yang diberi nama Oppo U3.

Oppo R1C

Oppo R1C ini dilihat akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dijangka akan dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE bersama-sama dengannya.

Oppo R1C

Oppo R1C

Secara kasar, jika dilihat Oppo R1C ini membawakan spesifikasi pertengahan, dan mungkin akan ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan Oppo R5 sebelum ini.

Sekiranya benar ia diumumkan esok, maka mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd