HTC Desire 820s Kini Di Malaysia Pada Harga RM1199
HTC

HTC Desire 820s Kini Di Malaysia Pada Harga RM1199

Diterbitkan pada Jan 13, 2015 oleh .

HTC telah memperkenalkan beberapa telefon pintar dibawah keluarga Desire akhir-akhir ini, dan salah satu yang telah diperkenalkan pada bulan September 2014 yang lepas adalah HTC Desire 820. Kini, peranti tersebut turut telah ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM1199.

HTC Desire 820

HTC Desire 820 memfokuskan kepada sokongan selfie, selain turut hadir menggunakan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 720p, dilengkapi sokongan LTE, memori 2GB RAM, dan sokongan dwi-SIM. Untuk rakaman gambar, pihak HTC melengkapkannya dengan sokongan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 8-megapixel pada bahagian hadapan.

Di Malaysia, ia ditawarkan melalui pakej Maxis, dimana pengguna turut boleh mendapatkannya pada harga serendah RM599 dengan melanggan ia bersama-sama pakej MaxisONE Plan.

HTC Desire 820

Baca : Pandang Pertama HTC Desire 820


TIPS & ULASAN