Pacif-i : Puting Pintar Untuk Bayi

Pacif-i : Puting Pintar Untuk Bayi

Diterbitkan pada Jan 13, 2015 oleh .

Puting bayi ialah antara ciptaan paling berguna di dunia. Ia memastikan bayi dapat tidur dengan lebih pantas dan air liur tidak mengalir seperti air terjun dari bibir terjuih seorang bayi. Dalam banyak-banyak benda yang dipintarkan tahun ini, puting bayi ialah objek yang paling aneh. Pacif-i ialah puting pintar yang mempunyai termometer dan pengesan lokasi terbina. Dengan menggunakan aplikasi khas anda boleh mengesan suhu badan bayi setiap kali ia digunakan. Alat pengesan terbina boleh digunakan untuk mengesan pergerakan bayi disamping fungsi kedua menjejak puting sekiranya ia hilang. Penggera boleh ditetapkan untuk berbunyi sekiranya bayi dikesan bergerak melebihi had yang ditetapkan. Pacif-i buat masa ini hanya menyokong peranti IOS dan Android. Hayat bateri pula dikatakan dapat bertahan sehingga setahun sebelum perlu diganti.Pra pesanan boleh dilakukan sekarang dengan harga jualan sekitar RM 89.

Pacif-i


TIPS & ULASAN