Perpustakaan Bestari SAMSUNG Dibuka di Perlis

Perpustakaan Bestari SAMSUNG Dibuka di Perlis

Diterbitkan pada Jan 13, 2015 oleh .

Tahun lepas Samsung telah bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia, dan membuka Perpustakaan BESTARI Samsung yang dilengkapi dengan 60 peranti yang terdiri darpiada tablet dan skrin bersaiz besar serta 2,500 buku digital dalam pelbagai genre. Hari ini Samsung dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah membuka Perpustakaan BESTARI Samsung yang kedua di negara ini.

Perpustakaan BESTARI Samsung di Perlis seluas 752 kaki dan dibahagikan kepada tiga ruang, iaitu ruang Interaktif, ruang pembacaan dan ruang kanak-kanak. Sebanyak 35 peranti Samsung yang terdiri dari tablet dan skrin sentuh bersaiz besar telah dipasang pada perpustakaan ini. Dengan peranti sebegini ia menawarkan pengalaman pembacaan yang berbeza buat pengunjung, dan dapat berinteraksi dengan kandungan yang ditawarkan.

Photo 3

Pengunjung perpustakaan ini bakal memperoleh akses kepada 4,300 kandungan digital dalam bahasa Inggeris, Bahasa malaysia dan Bahasa Cina di ruang pembacaan. Terdapat juga kandungan digital seperti e-majalah, e-suratkhabar, dan laman web interaktif boleh diakses. 

Dengan pembukaan perpustakaan BESTARI Samsung yang kedua di bahagian utara Malaysia, mungkin kita bakal melihat pembukaan cawangan seterusnya pada kawasan selatan semenanjung atau mungkin juga kawasan timur Malaysia, iaitu Sabah dan Sarawak.


TIPS & ULASAN