Dell Mengumumkan Penawaran Komputer Riba Baru Untuk Pasaran Malaysia

Dell Mengumumkan Penawaran Komputer Riba Baru Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 13, 2015 oleh .

Dell pada minggu lepas telah memperkenalkan beberapa komputer riba baru dan juga kemaskini untuk keluarga komputer riba mereka. Lanjutan daripadanya, hari ini pihak Dell Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran komputer riba mereka untuk pasaran Malaysia.

Dell XPS 13

Seperti semua sedia maklum, menjadi fokus utama pada pengenalan produk Dell adalah Dell XPS 13 Ultrabook yang mana telah pun boleh ditempah melalui laman rasmi Dell sejak daripada minggu lepas. Ia hadir dengan rekaan bingkai skrin paling nipis, sekaligus menjadikannya sebagai komputer riba dengan skrin 13-inci pada saiz paling kecil di pasaran. Untuk pemprosesan, ia dilengkapi Intel Core generasi kelima, selain turut hadir dengan pilihan skrin pada paparan 1080p ataupun QuadHD. Dell XPS 13 ini dijual di Malaysia pada harga bermula RM3599 untuk Core i5 dan juga paparan 1080p.

Pada keluarga sama, Dell XPS 15 turut menerima kemaskini, dimana hadir dengan skrin UltraSharp 4K Ultra HD, dan memfokuskan kepada pengguna yang inginkan kuasa tambahan terutamanya untuk tujuan multimedia dan penyuntingan media.

Dell Latitude 13 7000

Dalam arena komputer dua-dalam-satu pula, mereka memperkenalkan Dell Latitude 13 7000 Series, dimana ia hadir dengan skrin 13.3-inci, cip pemprosesan Intel Core-M, dan turut membawakan masa pengaktifan pantas daripada Sleep Mode. Dell Latitude 13 7000 Series 2-in-1 ditawarkan pada harga RM4379. Dell Latitude 7000 Series ini turut ditawarkan dalam variasi saiz 12-inci dan juga 14-inci. Pihak Dell memfokuskan kepada penawaran sekuriti melalui model ini, dimana ia hadir dengan Dell Data Protection dan juga Dell ControlVault, serta sokongan penyulitan data yang amat baik untuk melindungi data pengguna.

Dell Monitor 5K

Turut diumumkan sama oleh pihak Dell Malaysia adalah monitor 5K pertama daripada mereka iaitu UltraSharp 27″ Monitor, dan juga monitor melengkung bersaing 34-inci dengan resolusi WQHD. Dell UP2715k yang membawakan resolusi 5K ditawarkan pada harga RM6399, sementara monitor melengkung 34-inci pula ditawarkan pada harga RM3499.


TIPS & ULASAN