Carian
Ulasan: Sonic Gear Quatro 2
January 14, 2015 Ikhwan Nazri

Sekiranya anda seorang yang gemarkan peranti audio, anda mesti tahu berkenaan peranti pembesar suara yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana seperti X-Mini, Logitech Z50, Jabra Solemate Mini dan lain-lain. Sonic Gear baru-baru ini telah memulakan penjualan Sonic Gear Quatro 2 untuk bersaing dalam kategori ini.

[amanz-gallery]

Rekabentuk

Pembesar suara sistem 2.0 ini membawakan kemasan brushed aluminium pada badan plastiknya. Ia juga mempunyai tombol tahap bunyi dan mempunyai sambungan USB selain dari jek audio. Ini berkemungkinan untuk memberikan kuasa kepada pembesar suara yang mempunyai peredam bunyi bass pembesar suara ini. Seperti namanya Quatro (yang bermaksud ‘Empat’ dalam bahasa Itali), ia mempunyai empat peredam bunyi bass pada kedua belah pembesar suara ini. Dari segi berat, ia agak ringan dan tidak memberatkan anda yang kerap membawa pembesar suara. Namun dari segi saiz, ia lebih besar berbanding X-Mini, Logitech Z50 dan Jabra Solemate Mini.

Berkenaan tombol tahap bunyi pula kabelnya lebih pendek ke pembesar suara kanan, jadi bagi mereka yang kidal, tidak dapat meletakkan tombol ini pada sebelah kiri. Satu perkara yang melecehkan adalah rekaan tombol kawalan tahap bunyi yang mempunyai kabel diatas dan dibawah badannya. Pada gambar dibawah, pada pendapat saya, adalah lebih baik kabel kemasukan itu berada diatas, seperti tangkai, tanpa perlu ada wayar yang keluar pada bahagian bawah. Satu lagi perkara adalah wayar dari tombol kawalan tahap bunyi dengan pembesar suara sebelah kanan adalah pendek, mungkin untuk laptop sesuai namun sekiranya anda menggunakan desktop, mungkin akan menimbulkan masalah.

SonicGear-Quatro2-IMG_9088

Prestasi

Apabila bercakap mengenai sistem audio 2.0 yang tidak membawakan sebarang subwoofer untuk bunyi bass, saya juga agak skeptikal apabila pada kotak dan maklumat berkenaan pembesar suara ini dikatakan mampu membawakan bass yang bagus. Setelah melalui ujian ringkas, saya dapati kualiti bass-nya boleh tahan. Sekiranya markah penuh untuk faktor ‘bass’ adalah 10, saya akan berikan 6.5 untuknya. Sudah tentu ia tidak dapat menandingi sistem audio 2.1. Dari kualiti bunyi ‘treble’ dan ‘midrange’ , ia agak jelas dan tajam. Sekiranya pengguna memaksimumkan tahap bunyi, kesemua runut bunyi tersebut masih jelas dan tidak menenggelamkan yang lain.

SonicGear-Quatro2-IMG_9067

Menariknya pembesar suara ini hadir pada lima pilihan warna iaitu Oren, Hitam, Biru, Merah, Hijau dan dijual pada harga RM25, satu harga yang cukup murah sekiranya anda inginkan pembesar suara kelas mini atau kelas asas. Namun perlu diingatkan sekiranya anda pengguna laptop yang tidak mempunyai banyak sambungan USB, satu sambungan USB perlu diberikan untuk menghidupkan pembesar suara ini.

Pro

  • Bersaiz kecil dan ringan
  • Penghasilan bunyi yang memuaskan.

Kontra

  • Memerlukan USB untuk penjanaan tenaga.
  • Kabel antara pembesar suara yang pendek.

  • Sempena ulasan ini juga, pihak Sonic Gear memberikan 5 unit Quatro 2 dengan 5 pilihan warna berbeza untuk diberikan kepada para pembaca. 3 unit akan diberikan melalui cabutan bertuah pada halaman ini, dan 2 unit akan diberikan melalui akaun instagram. 3 pembaca bertuah akan dipilih melalui halaman ulasan ini. Untuk menyertainya

    • WAJIB LIKE Facebook Sonic Gear Malaysia.
    • Lengkapkan slogan “Saya ingin memiliki Sonic Gear Quatro 2 kerana … “
    • Juga sertakan “Pilihan warna: …. “
    • Gunakan emel yang sama pada ruang komen, sama seperti emel di Facebook.

    Pemenang akan dipilih melalui cabutan rawak. Sekiranya terdapat pilihan warna yang sama antara pemenang, kami akan memaklumkan pemenang berkenaan pilihan warna yang lain. Peraduan ini tamat pada pukul 11:59pm, hari Khamis.

Kemaskini 11 Feb 2015: Pemenang adalah Muhammad Ilyas, Ahmad Syahir, dan 666. Pemenang telah dihubungi melalui email.

Komen