Rockstar hari ini telah berkongsi beberapa maklumat baru berkaitan permainan Grand Theft Auto V untuk pengguna PC, selain turut berkongsi mengenai spesifikasi yang akan diperlukan untuk memainkannya.
Grand Theft Auto V sebelum ini dijadualkan untuk pengenalan pada bulan Januari 2015. Namun, kini ia ditangguhkan kepada bulan Mac, dimana Rockstar mengatakan ia bakal dilancarkan pada 24 Mac 2015 ini.
Rockstar mengatakan penangguhan ini adalah untuk menambah-baik penawaran kepada pengguna PC, disamping membawakan beberapa fungsi tambahan khusus untuk pengguna PC. Rockstar mengatakan GTA Online untuk PC akan menyokong sehingga 30 pemain, dan turut hadir dengan sokongan memainkannya pada resolusi 4K, serta menggunakan konfigurasi tiga monitor pada sesuatu masa. Rockstar mengatakan GTA V untuk PC turut akan menyertakan Rockstar Editor baru untuk membolehkan pemain menyunting pelbagai klip dan menerbitkannya di YouTube.
Dari segi spesifikasi, spesifikasi minimum yang diperlukan adalah:
OS: Windows 8.1 64 Bit, Windows 8 64 Bit, Windows 7 64 Bit Service Pack 1, Windows Vista 64 Bit Service Pack 2* (*NVIDIA video card recommended if running Vista OS)
Processor: Intel Core 2 Quad CPU Q6600 @ 2.40GHz (4 CPUs) / AMD Phenom 9850 Quad-Core Processor (4 CPUs) @ 2.5GHz
Memory: 4GB
Video Card: NVIDIA 9800 GT 1GB / AMD HD 4870 1GB (DX 10, 10.1, 11)
Sound Card: 100% DirectX 10 compatible
HDD Space: 65GB
DVD Drive
Untuk mendapatkan pengalaman permainan yang menarik, pihak Rockstar mencadangkan pengguna menggunakan:
OS: Windows 8.1 64 Bit, Windows 8 64 Bit, Windows 7 64 Bit Service Pack 1
Processor: Intel Core i5 3470 @ 3.2GHZ (4 CPUs) / AMD X8 FX-8350 @ 4GHZ (8 CPUs)
Memory: 8GB
Video Card: NVIDIA GTX 660 2GB / AMD HD7870 2GB
Sound Card: 100% DirectX 10 compatible
HDD Space: 65GB
DVD Drive