BlackBerry Classic Mula Dijual di Malaysia Melalui Celcom – Bermula RM338

BlackBerry Classic Mula Dijual di Malaysia Melalui Celcom – Bermula RM338

Diterbitkan pada Jan 14, 2015 oleh .

Peranti BlackBerry Classic yang mengetengahkan rekaan klasik BlackBerry, dengan papan kekunci yang disukai penggunanya telah diperkenalkan tahun lepas. Hari ini peranti tersebut dijual secara eksklusif melalui Celcom.

Celcom dalam membawakan telefon ini menawarkannya melalui Celcom First dengan pelan terbaru mereka Max Up All dan Max Up. Pelan Max Up All menawarkan pelan serendah RM50, disertai dengan 250 SMS, 250 minit masa berbual, kuota data internet 1GB dan kuota data melalui WiFi mereka 1GB WiFi. Dengan pelan Max Up pula, pengguna akan boleh memilih kuota data 1GB pada RM15 atau 5GB pada harga RM50. Bagi pengguna perusahaan, anda boleh memilih juga pelan Celcom First yang lain.

BlackBerry Classic

Telefon ini dijual secara eksklusif dari Celcom pada harga RM1,588. Melalui pelan yang dikongsi melalui emel pra-pendaftaran, telefon ini boleh diperoleh pada harga RM338 sekiranya pengguna melanggan pakej Celcom First Elite. Sekiranya pengguna mengambil langganan pada komitmen bulanan yang rendah pada harga RM85 sebulan, harga peranti ini adalah RM1,038. Kesemua pelan khusus untuk BlackBerry Classic ini mempunyai kontrak langganan selama 2 tahun.

Sedikit berkenaan spesifikasi ini, ia mempunyai skrin sentuh bersaiz 3.5-inci, papan kekunci QWERTY yang diperbaharui, cip pemprosesan Snapdragon S4 Plus, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE padanya. BlackBerry Classic ini membawakan rekaan seumpama BlackBerry Bold 9900 sebelum ini, dan turut hadir dengan sokongan trackpad padanya.

Buat masa ini, BlackBerry Classic hanya ditawarkan secara eksklusif melalui Celcom, dan mungkin kita akan dapat melihat ia ditawarkan melalui pengedar rasmi BlackBerry lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN