BenQ Melancarkan W1080ST+ Dan W1070+ : Dua Projektor Jarak Lontaran Pendek

BenQ Melancarkan W1080ST+ Dan W1070+ : Dua Projektor Jarak Lontaran Pendek

Diterbitkan pada Jan 14, 2015 oleh .

BenQ-Prpojektor

BenQ hari ini melancarkan dua projektor dengan kemampuan jarak lontaran pendek.  W1080ST+ Dan W1070+ mampu memancarkan imej sebesar 60″ dari jarak hanya  1 meter. Selain kemampuan ini ia juga menyokong pancaran pada resolusi 1080P 3 dimensi. Projektor W1070ST+ mampu memancarkan imej dengan saiz maksimum 300″ dan W1070+ memancarkan imej dengan saiz 225″. Kedua-duanya turut dilengkapi pembesar suara surround. Spesifikasi lain yang disertakan ialah dua input HDMI, 2 port USB serta 1 port untuk DVI, RGB dan Component. Dengan teknologi Cinema Color Reality kedua-dua projektor ini menghasilkan video setanding sebuah panggung wayang di ruang tamu rumah. Bagi mereka yang mempunyai ruang tamu yang terhad projektor BenQ ini boleh memancarkan imej dari sisi. Projektor tidak perlu diletakkan betul-betul di hadapan permukaan skrin untuk memaparkan imej yang baik. Harga untuk seunit W1080ST+ ialah RM 4299 manakala untuk W1070t+ ialah RM 3999.

BenQ-Prpojektor-2


TIPS & ULASAN