Cari @ Amanz

Samsung pada Jun tahun lepas telah memperkenalkan Samsung Z berasaskan Tizen. Namun, ia tidak dipasarkan kepada umum. Terkini, pihak Samsung memperkenalkan sebuah lagi peranti berasaskan Tizen dan telah mula menjualnya di India.

Samsung Z1 membawakan spesifikasi rendah berbanding dengan Samsung Z sebelum ini, dimana ia hadir dengan skrin empat-inci berasaskan WVGA PLS, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan memori sebanyak 768MB RAM. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dengan kamera belakang 3.1-megapixel dan kamera hadapan VGA. Untuk ruangan storan, pihak Samsung melengkapkan ia dengan saiz storan 4GB tetapi disokong dengan kad mikro-SD sehingga 64GB. Samsung Z1 menjalankan Tizen versi 2.3, dan aplikasi perlulah dimuat-turun melalui kedai aplikasi khusus untuknya.

Pihak Samsung dilihat ingin bersaing dengan peranti berspesifikasi rendah melalui peranti ini. Samsung Z1 hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan ke pasaran antarabangsa ataupun sebaliknya.

Jika ia dilancarkan di Malaysia, adakah anda akan membelinya?

Samsung-Z1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd