Carian
Facebook Memperkenalkan Aplikasi Khusus Dinamakan “Work” – Memfokuskan Penggunaan Untuk Pejabat
January 15, 2015 Aman

Facebook sedia menawarkan beberapa aplikasi khusus untuk fungsi-fungsi berbeza, dan hari ini, ia dilihat Facebook turut menambah satu lagi aplikasi khusus dibawah mereka dinamakan sebagai Work. Ia akan ditawarkan untuk Android dan iOS untuk permulaan, selain turut boleh diakses melalui web.

Facebook Work

Facebook Work ini memfokuskan kepada penggunaan dikalangan pengguna dalam pejabat. Seperti semua sedia maklum, pada hari ini ramai sedia menggunakan Facebook dalam pejabat, tetapi gergasi laman sosial ini dilihat turut mengintegrasikan beberapa sokongan produktiviti dan perbincangan dikalangan pekerja dengan mudah menggunakannya. Fungsi Groups, perkongsian fail, perbualan dan sebagainya masih disertakan pada perkhidmatan baru Facebook ini.

Melalui Facebook Work, ia menawarkan antaramuka lebih kurang sama seperti Facebook asal, dan pengguna boleh log masuk menggunakan akaun Facebook ataupun menggunakan akaun kerja berbeza. Ia dikatakan Facebook tidak akan memaparkan iklan ataupun mengumpulkan data melaluinya.

Buat masa ini, Facebook dilihat hanya mengujinya bersama-sama beberapa syarikat terhad sahaja, tetapi tidak mustahil mereka memperluaskannya tidak lama lagi untuk semua.

Jadi, jika ia diperkenalkan secara meluas, adakah anda akan menggunakan ia untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di pejabat untuk urusan kerja?

Komen