BlackBerry Menidakkan Laporan Mengatakan Samsung Berminat Mengambil-Alih Syarikat BlackBerry

BlackBerry Menidakkan Laporan Mengatakan Samsung Berminat Mengambil-Alih Syarikat BlackBerry

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

Beberapa laporan hadir ke arena web hari ini, mengatakan Samsung dalam perbincangan untuk mengambil-alih BlackBerry pada harga mencapai $7.5 bilion. Laporan yang hadir daripada Reuters tersebut mengatakan Samsung berminat dengan portfolio yang dimiliki oleh BlackBerry.

Perkara ini sekaligus menjadikan harga jualan saham BlackBerry meningkat drastik pada pagi tadi.

Namun, kini pihak BlackBerry telah mengeluarkan kenyataan rasmi menidakkan perkara tersebut – mengatakan mereka tidak berbincang mengenai penjualan syarikat kepada pihak Samsung.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry dan Samsung bekerjasama dengan rapat akhir-akhir ini, termasuk dari segi penggunaan kelebihan sekuriti, selain turut menyertakan BBM secara terbina di beberapa buah negara.


TIPS & ULASAN