Cari @ Amanz

DailyMotion GamesDailymotion merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk memuat-naik video dan berkongsi ia dengan pengguna lain dengan mudah – lebih kurang seperti YouTube. Hari ini, mereka turut memperkenalkan sebuah lagi perkhidmatan baru dinamakan sebagai DailyMotion Games.

DailyMotion Games ini merupakan sebuah platform penstriman langsung yang memfokuskan kepada dunia permainan, membolehkan komuniti yang meminati permainan untuk berkongsi video permainan mereka melaluinya, ataupun pada masa yang sama menonton apa yang dikongsikan pemain lain.

Seperti semua sedia maklum, salah satu syarikat dengan penawaran yang lebih kurang sama adalah Twitch, yang mana telah diambil-alih oleh Amazon baru-baru ini.

Melengkapkan juga Dailymotion Games ini, mereka turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk Android dan iOS dalam usaha memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kandungan memfokuskan permainan dengan mudah dimana-mana sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd