(Konsep) – Macintosh 1984 Versi 2015

(Konsep) – Macintosh 1984 Versi 2015

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

curved-lab-4

Macintosh 1984 ialah komputer desktop yang mempunyai rekaan ikonik. Rekaannya sangat dikenali sehingga ada yang mengubahnya menjadi pemegang untuk iPad. Rekaan berkotak Macintosh ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai digunakan sekarang. Tetapi bagi Curved Lab rekabentuk komputer yang sudah berusia 3 dekad ini masih boleh digunakan jika diberi nafas baru. Di bawah ialah konsep yang mereka hasilkan dan ianya sangat menarik. Dari hadapan ia kelihatan seperti Mac 1984 tetapi dari sisi ia kelihatan seperi iMac. Ia mempunyai skrin sesentuh sebesar 11.6″, cakera SSD 128 Gigabyte, RAM 8 Gigabyte dan diperksakan pemproses i7 . Slot untuk cakera liat di hadapan kini menjadi slot kad pembaca universal. Lambang Apple pada bahagian belakangnya pula menyala seperti sebuah MacBook. Saya bukan penggemar Mac tetapi rekaan konsep di bawah sangat menarik. Sekiranya ia dihasilkan sebagai pemegang iPad kami pasti akan membelinya.

Crurved-Lab-1

curved-lab-3 curved-lab-2


TIPS & ULASAN