Cari @ Amanz

Telefon modular daripada Google yang dikenali sebagai Project Ara merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai. Terkini, pihak Google telah pun memperlihatkan prototaip terbaru untuk telefon pintar berkenaan, yang mana dinamakan sebagai Spiral 2.

Bagi yang tidak mengenali akan telefon modular, ia merupakan kebolehan untuk mengubah pelbagai komponen pada telefon pintar dengan mudah, sekaligus mengurangkan pembaziran bahan elektronik. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menaik-taraf kamera sahaja untuk sesuatu peranti, anda tidak perlu mengubah keseluruhannya, sebaliknya hanya mengubah bahagian kamera sahaja dengan mudah.

Google sebelum ini telah beberapa kali memperlihatkan prototaip awal peranti berkenaan, dan terkini mereka memplihatkan prototaip terbaru yang membawakan sokongan modem 3G. Pelbagai modul baru juga turut telah ditambah, sekaligus akan memberikan kesan positif kepada pembangun untuk turut hadir dengan modul-modul mereka tersendiri.

Project Ara Spiral 2

Project Ara Spiral 2

Project Ara Spiral 2

Project Ara Spiral 2

Buat masa ini, sebanyak 11 modul ditawarkan, dan Google mengatakan ia akan ditambah sehingga 30 modul menjelang penghujung tahun kelak.

Google turut mengatakan model prototaip ini akan ditawarkan di Puerto Rico secara terhad pada tahun ini, membolehkan mereka mengujinya dengan lebih meluas sebelum ia dipasarkan secara global.

Bercakap mengenai masa depan, pihak Google turut telah mengatakan yang mana Spiral 3 telah pun dalam pembangunan yang mana akan menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE, selain turut hadir dengan masa bertahan bateri yang lebih lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd