6 Peranti Fantasi Dari Filem Yang Kami Mahu Menjadi Realiti

6 Peranti Fantasi Dari Filem Yang Kami Mahu Menjadi Realiti

Diterbitkan pada Jan 30, 2015 oleh .

Penggunaan telefon mudah alih di dalam filem bermula dari dekad 80an. Filem Wallstreet lakonan Michael Douglas memperlihatkan telefon mudah alih Ericsson Dynatax. Sejak kemunculan tersebut telefon “batu bata” Ericsson ini sinonim dengan golongan yang gemar bermain saham seperti Gordon Ghekko dan hidup dengan moto “ketamakan adalah bagus”. Tetapi bagi mereka yang membesar pada dekad 90an, telefon bimbit yang paling terkenal dan ingin dimiliki ialah Nokia 8110 dari filem The Matrix. Nama Nokia melonjak selepas filem ini menjadi antara filem paling laku pada tahun 1999. Tetapi hari ini saya ingin menulis tentang telefon-telefon fiksyen yang saya ingin wujud di dunia sebenar.

Real Steel

Mulakan artikel ini dengan sedikit nostalgia Nokia. Symbian^3 ialah sistem operasi yang mempunyai ruang istimewa di hati kami. Sistem operasi ini mungkin sudah tidak lagi disokong dan peranti terakhir menggunakan sistem operasi ini ialah Pureview 808. Di dalam Real Steel watak utama lakonan Hugh Jackman menggunakan sebuah peranti pintar lutsinar yang mempunyai antaramuka seakan-akan Symbian Belle. Ia seakan memberi realiti alternatif di mana Nokia masih menghasilkan peranti dengan sistem operasi Symbian terkini pada tahun 2020.

Fanstasi-Real-Steel
Total Recall

Total Recall edisi 2010 mempunyai filem fantasi yang paling menarik di dalam senari ini. Telefon mudah alih yang digunakan terletak di dalam telapak tangan dan menggunakan kuasa bioelektrik pemakai. Apabila panggilan diterima seluruh telapak tangan akan menyala. Fungsi paling menarik ialah apabila tangan ditekapkan pada mana-mana permukaan kaca, ia akan berubah menjadi paparan skrin LCD. Jika telefon ini menjadi kenyataan tidak perlu lagi risau bateri akan habis selagi anda bernyawa dan melenyapkan masalah skrin retak. Fenomena telefon tertinggal dan dicuri juga lupus serta merta. Kesan negatifnya pula ialah anda sentiasa di atas talian dan setiap kali model telefon baru diperkenalkan anda perlu menjalani pembedahan tapak tangan!

 

Echelon Conspiracy

Echelon Conspiracy ialah filem yang tidak berapa popular tetapi mempunyai sebuah telefon konsep yang menarik. Telefon ini bersambung dengan sebuah komputer kepintaran buatan yang membolehkan pengguna memenangi loteri, menang besar di kasino dan memberi tips saham sebelum ianya melonjak naik.  Telefon pintar ini diberi nama GZT650 tetapi rekabentuknya diilhamkan oleh konsep Nokia Aeon yang tidak pernah dihasilkan.

Fantasi-Echelon-Conspiracy

Iron Man 3

Konsep telefon pintar milik Tony Stark adalah yang paling menarik di dalam senarai ini kerana mempunyai kemampuan paparan maya. Saiz paparan boleh diubah mengikut kehendak Tony. Selain daripada mempunyai skrin mayat telefon keluaran LG Tony Stark juga boleh digunakan untuk menggodam sistem komputer Pentagon dengan hanya menekan beberapa butang seperti yang dilihat di dalam Iron Man 2. Peranti pintar ini juga mengintegrasikan fungsi bantuan Jarvis. Seperti telefon Nokia dari filem Real Steel, peranti ini mempunyai tubuh lutisnar apabila tidak digunakan.


Taken 2

Telefon mini yang disorokkan pada kelim seluar ini mungkin tidak mempunyai skrin maya canggih, badan lutsinar atau kemampuan menggodam sistem komputer tetapi ianya paling praktikal. Di dalam dunia yang semakin banyak kes penculikan telefon kegunaan Bryan Mills ini dapat menyelamatkan anda dalam situasi genting.Saiznya yang kecil memudahkannya untuk disorokkan tanpa dikesan dengan mudah. Jika kami pergi bercuti di kawan berbahaya dengan ancaman menjadi mangsa tebusan, kami mahu telefon mudah alih dari filem Taken 2 ini menjadi realiti.

Fantasi-Taken-2---Copy

Her

Samantha ialah sistem operasi telefon pintar yang mempunyai kepintaran maya dengan personaliti dan suara yang seksi. Ianya SIRI dengan suntikan Scarlett Johansson dan akui sahaja jika anda seorang lelaki heteroseksual telefon ini pastinya menjadi idaman anda. Apabila anda kebosanan ia boleh menjadi teman berbual. Sesuai digunakan oleh insan yang tidak mempunyai teman di dunia sebenar. Dalam senarai pembantu maya yang paling menarik pernah dipaparkan di atas seluloid, ia dengan mudah mengalahkan Jarvis yang digunakan oleh Tony Stark. Bayangkan dibangunkan di waktu untuk pergi kerja oleh suara serak-serak basah Samantha. Telefon fantasi yang terbaik di dalam senarai ini untuk kegunaan harian.

Fantasi-Samantha---Copy

 

 


TIPS & ULASAN