Cari @ Amanz

Android Lollipop sudah diperkenalkan November tahun lalu dan sehingga kini jumlah peranti Android yang menggunakannya tidak mencecah 1%. Kelewatan kemas kini ini boleh dipersalahkan kepada pengeluar yang masih mahu mengekalkan fungsi khas mereka pada peranti yang sedia ada. Sejak tahun lalu saya lebih gemar menggunakan pelancar Google Now pada kesemua peranti Android yang dimiliki. Ini adalah kerana ia kelihatan jauh lebih cantik berbanding pelancar lain seperti Touchwiz, Sense dan Vibe. Jika peranti anda masih belum menerima kemaskini Android Lollipop, hari ini andalah hari bertuah bagi anda. Pelancar Google Now sudah dikemaskini dan antaramukanya diberikan sentuhan menyerupai Android Lollipop. Butang talam aplikasi kini bewarna putih dan tidak lagi lutsinar. Talam aplikasi juga kini mempunyai latar belakang putih. Skrin Google Now juga diberikan sentuhan yang material design. Jadi sekiranya anda bosan menunggu kemas kini dan mahu antaramuka peranti anda kelihatan seperti Lollipop, pelancar Google Now ialah jawapannya buat masa ini. Satu-satunya kekurangan pelancar ini ialah butang navigasi kapasitif masih lagi menggunakan ikon lama. Sila kemaskini aplikasi pelancar Google Now dan Google Search anda sekarang bagi melihat perbezaannya.

Google-Now-2

Google-Now-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd