Xiaomi Mi 4 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Xiaomi Mi 4 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

Bersempena dengan pelancaran Xiaomi Mi Note ini, kami telah berpeluang bertemu dengan Hugo Barra, dimana beliau berkongsi beberapa perkara mengenai peranti baru tersebut, dan juga berita lain berkaitan Xiaomi. Salah satu perkara yang dikongsikan adalah berkaitan dengan Xiaomi Mi4.

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4 merupakan telefon pintar daripada Xiaomi yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ia merupakan kemaskini kepada Mi3 yang telah sedia dijual di Malaysia. Hugo Barra mengatakan telefon pintar tersebut tidak akan memasuki pasaran Malaysia, sebaliknya pihak Xiaomi akan terus memasarkan Mi Note.

Xiaomi Mi4 sebelum ini telah diperkenalkan dengan skrin bersaiz 5-inci pada paparan resolusi HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Selain daripada Malaysia, Xiaomi Mi4 juga tidak akan memasuki pasaran Indonesia serta Singapura. Satu-satunya pasaran yang dijangka akan menerima peranti ini dalam masa terdekat adalah India.

Apa pun, terdapat beberapa penjual yang telah membawa masuk peranti ini secara tidak rasmi, dan menjualnya pada harga sekitar RM1300.


TIPS & ULASAN