Xiaomi Mi Note Bakal Ke Pasaran Malaysia Sekitar Suku Kedua 2015

Xiaomi Mi Note Bakal Ke Pasaran Malaysia Sekitar Suku Kedua 2015

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

Dengan pengenalan Xiaomi Mi Note, semestinya ramai yang menantikan bilakah peranti tersebut akan memasuki pasaran tempatan. Berkongsi mengenainya, pihak Xiaomi mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia sekitar suku kedua 2015. Namun, pada masa yang sama, pihak Xiaomi turut mengatakan ia bergantung juga terhadap kelancaran pelepasan daripada Sirim sebelum dapat menjualnya.

Hugo Barra Xiaomi Mi Note

Xiaomi Mi Note merupakan telefon pintar terbaru daripada mereka, dimana ia merupakan peranti dibawah keluarga phablet dengan spesifikasi tinggi. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, cip Snapdragon 801, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, serta kamera hadapan ultrapixel seumpama pada HTC.

Harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi, dan berdasarkan kepada penjualan peranti Xiaomi sebelum ini, ia mungkin tidak jauh berbeza dengan harga di China. Di China, Xiaomi Mi Note ditawarkan pada harga 2299 Yuan (~RM1350).


TIPS & ULASAN