Xiaomi Memperkenalkan Mi Box Mini – Penstrim Media Dengan Sokongan HDMI Dan Paparan 1080p Pada Saiz Kecil

Xiaomi Memperkenalkan Mi Box Mini – Penstrim Media Dengan Sokongan HDMI Dan Paparan 1080p Pada Saiz Kecil

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

Terdapat beberapa pemain media di pasaran hari ini yang memfokuskan kepada sokongan penstriman, dan pihak Xiaomi sendiri sedia menawarkan sokongan tersebut melalui Mi Box. Hari ini, mereka membawanya setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan serupa pada saiz yang lebih kecil melalui Mi Box Mini.

Melalui Mi Box Mini, ia membawakan saiz yang sangat kecil. Ia bersaiz lebih kurang (mungkin sedikit kecil) berbanding dengan kepala pengecas telefon pintar, dan daripada rekaannya, ia membawakan bahagian penghubung ke plug, dan juga sokongan HDMI. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menghubungkan ia kepada soket kuasa, dan menyambungkan wayar HDMI daripada MI Box Mini ini ke televisyen.

Xiaomi Mi Box Mini

Xiaomi Mi Box Mini

Xiaomi Mi Box Mini

Seterusnya, pengguna boleh mula mengakses pelbagai kandungan terus pada televisyen mereka, dan mengawalnya menggunakan telefon pintar anda. Seperti biasa, ia dihubungkan ke rangkaian internet melalui WiFi, dan buat masa ini, kandungannya hanya memfokuskan kepada pasaran China sahaja.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz MTK8685A, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 4GB, dan sokongan WiFi 802.11n, serta sokongan Bluetooth 4.0.

Ia berkemungkinan besar tidak akan memasuki pasaran Malaysia memandangkan kandungan yang ditawarkan adalah tidak mesra pengguna tempatan dan pihak Xiaomi masih tiada rakan kerjasama untuk kandungan dari Malaysia.

Namun, harga penawarannya pada 199 Yuan semestinya menarik minat ramai, apatah lagi dengan saiznya yang sangat kecil.


TIPS & ULASAN