Mi Headphone – Fon Kepala Premium Daripada Xiaomi Dengan Kualiti Bunyi Amat Baik

Mi Headphone – Fon Kepala Premium Daripada Xiaomi Dengan Kualiti Bunyi Amat Baik

Diterbitkan pada Jan 15, 2015 oleh .

Pelancaran produk baru Xiaomi hari ini tidak hanya berhenti pada Mi Note, Mi Note Pro dan juga Mi Box Mini sahaja. Mereka turut sama menambah satu lagi penawaran baru dibawah penawaran audio melalui headphone mereka yang dinamakan tidak lain tidak bukan – Mi Headphone.

Xiaomi Mi Headphone

Seperti biasa, pihak Xiaomi menekankan kepada kualiti bunyi yang ditawarkan oleh Mi Headphone ini, mengatakan ia menawarkan kualiti bunyi semulajadi dan lebih baik daripada pelbagai pesaing lain.

Mi Headphone ini turut dilengkapi dengan 50mm beryllium diaphragm speakers dan juga penggunaan wayar silver-plated lurus yang mengurangkan pelbagai rintangan serta menawarkan kualiti bunyi menarik. Rekaannya juga adalah amat premium, dan seperti biasa, pihak Xiaomi memfokuskan kepada penawaran pada harga rendah – iaitu pada harga 499 Yuan (~RM280).


TIPS & ULASAN