Google sedia memperlihatkan kereta dipandu automatik daripada mereka beberapa kali sebelum ini. Kini, ia dilaporkan pihak Google telah mula berbincang dengan beberapa pengeluar untuk membantu dalam pengeluaran dan memasarkannya menjelang tahun 2020 kelak.
Antara syarikat yang telah terlibat dengan perbincanga bersama pihak Google dikatakan adalah termasuk Toyota, Ford, Daimler AG, Volkswagen AG dan juga General Motors.
Dalam arena kenderaan, kereta dipandu automatik kini menjadi salah satu perlumbaan dikalangan ramai pengeluar, dan beberapa daripada mereka telah sedia memperlihatkan kenderaa prototaip masing-masing.
Google sendiri telah memperlihatkan kenderaan prototaip mereka dalam membolehkan kereta dipandu secara automatik tanpa perlu pengguna mengawalnya.
Google dilaporkan telah sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar komponen dalam membantu membangunkan kenderaan dipandu automatik ini. Namun, seperti biasa, salah satu perkara yang akan membuatkan ia lambat dipasarkan adalah peraturan dan undang-undang sesuatu negara – memandangkan pelbagai perkara perlu diambil-kira terutamanya dari segi keselamatan pengguna.
Selain Google, beberapa syarikat lain turut menyasarkan untuk memperkenalkan dan memasarkan kenderaan dipandu automatik mereka kepada umum menjelang tahun 2020 kelak.