Cari @ Amanz

Google Maps sedia menyokong fungsi memaparkan arah perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan mudah padanya. Kini, Google turut menambah sebuah fungsi khusus pada sokongan berkenaan, dimana melaluinya membolehkan anda berkongsi arah perjalanan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga lain.

Google Maps Share Direction

Melalui fungsi ini, sebaik sahaja anda selesai membuat carian sesuatu arah perjalanan, anda boleh berkongsi ia kepada rakan lain dengan klik pada tiga titik pada penghujung kanan, dan memilih “Share Directions”. Sebaik sahaja anda memilihnya, ia akan memberikan anda pilihan untuk berkongsi melalui aplikasi mana, dan seterusnya berkongsi akan arah perjalanan tersebut dalam bentuk bertulis dan disertakan dengan pautan ke Google Maps.

Fungsi ini mungkin amat berguna kepada mereka yang ingin berkongsi arah perjalanan ke sesuatu tempat atau majlis dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Memandangkan anda turut boleh menyertakan lokasi asal dan lokasi dituju pada tempat carian, fungsi ini turut boleh digunakan untuk membantu rakan-rakan anda yang tidak ketahui arah perjalanan ke sesuatu lokasi.

Buat masa ini, fungsi baru ini hanya khusus untuk pengguna Android sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke platform iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd