Immersis – Projektor Mengubah Seluruh Dinding Ruang Tamu Menjadi Skrin

Immersis – Projektor Mengubah Seluruh Dinding Ruang Tamu Menjadi Skrin

Diterbitkan pada Jan 16, 2015 oleh .

Immersis

Teknologi mutakhir di dalam dunia e-permainan sekarang ialah immersive gaming di mana pemain merasakan diri mereka benar-benar berada di dalam dunia yang dimainkan. Teknologi Oculus RIft dan Samsung  Gear VR ialah dua teknologi yang sedia ada bagi mendapatkan kesan ini. Tetapi kekurangan dua peranti maya ini ialah hanya anda seorang boleh melihat apa yang dimainkan. Immersis ialah projektor yang memberikan kesan anda berada di dalam permainan dengan memancarkan imej pada kesemua permukaan ruang tamu. Dengan Immersis anda dan kesemua individu di dalam ruang yang sama boleh merasakan diri berada di dalam dunia maya serentak. Ini dilakukan dengan menggunakan lensa mata ikan pada projektor. Imej yang dipancarkan dari Immersis memberikan pemandangan 180 darjah pada resolusi 4K. Buat masa ini Immersis hanya sesuai digunakan oleh pengguna PC. Masih tiada sokongan untuk konsol kerana ia memerlukan pemproses yang berkuasa serta sekatan kustomasi pada konsol yang sedia ada.


TIPS & ULASAN