Cari @ Amanz

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2
Pemproses Snapdragon 410 64-bit
RAM 1GB
Kamera Utama 8-megapixel
Kamera Hadapan 2-megapixel
Skrin 4.7-inci
Lain-Lain DWi-4G LTE, MIUI6

Xiaomi telah memulakan tahun 2015 dengan memperkenalkan sebuah telefon baru dari keluarga Redmi, iaitu Redmi 2. Ia merupakan kemaskini terhadap keluarga Redmi 1S sebelum ini, dimana Redmi 2 menyertakan kemaskini dari segi rekabentuk dan juga spesifikasi.

Xiaomi Redmi 2 menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci. Kami dapat mencuba set berwarna putih hari ini bersempena dengan pelancaran Mi Note. Kalau dibandingkan dengan Xiaomi Redmi 1S, bahagian panel hadapan kini berwarna putih berbanding dengan sebelum ini, dimana panel hadapan membawakan warna yang sama seperti warna kerangka.

Kami rasakan binaan kerangka belakang yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan Redmi 1S, cumanya rekaan untuk Redmi 2 membawakan bahagian bucu yang lebih membulat berbanding dengan Redmi 1s.

Dari segi spesifikasi untuk Redmi 2, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 64-bit 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Xiaomi Redmi 2

Seperti Redmi 1S, peranti Redmi 2 juga turut hadir dengan sokongan dwi-SIM. Kedua-duanya terletak pada bahagian kerangka belakang yang boleh dibuka. Kedua-duanya juga turut menyokong rangkaian 4G LTE. Ruangan kad-SD juga terletak disebaliknya – selain membawakan bateri yang boleh ditanggalkan. Dengan bateri yang boleh ditanggalkan ini, ia membolehkan pengguna menyimpan bateri tambahan dan menggantikannya apabila bateri asal habis digunakan – sesuai untuk mereka yang bertugas di luar dan sentiasa mengakses peranti mudah-alih mereka.

Xiaomi Redmi 2Untuk bahagian perisian pula, Redmi 2 ini merupakan peranti pertama yang hadir dengan MIUI 6 – dimana membawakan pelbagai kemaskini dari segi antaramuka dan juga fungsi. Sebagai contoh, kini pada MIUI 6, pengguna boleh melihat sesuatu aplikasi dalam bentuk tetingkap ketika dalam mod multi-tasking berbanding hanya dalam bentuk ikon sebelum ini. Cara mematikan aplikasi juga agak berbeza, selain rekaan halaman tetapan, notifikasi dan sebagainya.

Secara kasar, ia boleh dikatakan Redmi 2 ini ditujukan bagi mereka yang ingin mempunyai akses kepada beberapa aplikasi asas seperti WhatsApp, Twitter dan Facebook – dan tidak memasang kuantiti aplikasi dan permainan yang banyak.

Redmi 2 ini dijual pada harga 699 Yuan di China (sekitar ~RM400). Buat masa ini, tiada sebarang info berkaitan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Mungkin kita akan dapat melihatnya hadir dalam masa beberapa bulan lagi.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd