Pos Laju Akan Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Menjana Kod QR Bagi Menjadikan Proses Penghantaran Pos Lebih Pantas

Pos Laju Akan Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Menjana Kod QR Bagi Menjadikan Proses Penghantaran Pos Lebih Pantas

Diterbitkan pada Jan 16, 2015 oleh .

Pos MalaysiaPada hari ini, pengguna perlu melakukan pelbagai perkara berkaitan dengan penghantaran pos laju secara manual dimana mereka perlu mengisi borang dan beratur di kaunter sebelum dapat menghantar. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama, dan pihak Pos Malaysia dilihat ingin mengatasinya.

Pos Malaysia mengatakan mereka tidak lama lagi akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai E-Pos Laju, yang mana akan memudahkan para pengguna membuat proses penghantaran kurier menggunakan Pos Laju.

Melaluinya pengguna perlu mengisi info dan maklumat pembayaran, yang mana seterusnya akan menjana sebuah kod QR. Kod tersebut boleh diimbas di pejabat Pos Laju, dan pengguna hanya perlu drop-off pakej mereka di sana – tanpa perlu melalui proses mengisi borang dan beratur yang lama seperti sebelum ini.

Menurut Pos Malaysia, mereka kini dalam fasa percubaan untuk aplikasi berkenaan dengan beberapa pengguna terpilih. Sekiranya semuanya berjalan lancar, mereka akan memperkenalkan ia kepada pengguna seluruh Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN