Carian
Facebook Mula Menguji Sokongan Mengubah Suara Yang Dihantar Melalui Facebook Messenger Ke Bentuk Teks
January 17, 2015 Aman

Facebook sedia menyokong sokongan menghantar pesanan dalam bentuk audio dan suara pada Facebook Messenger. Kini, pihak Facebook membawa ia setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan sokongan mentranskrip audio yang dihantar melaluinya terus ke bentuk teks.

Facebook Messenger

Fungsi ini mungkin amat berguna bagi anda yang berada di lokasi dengan bunyi yang kuat dan sukar untuk mendengar mesej yang dihantar. Memandangkan ia sedia di ubah ke bentuk teks, maka pengguna hanya perlu membaca dan membalasnya tanpa perlu mendengar dan memainkan audio yang dihantar menggunakan Facebook Messenger berkenaan.

Menurut pihak Facebook, buat masa ini mereka masih mengujinya dalam bentuk beta terhad, dan mungkin akan diperluaskan ia kepada lebih ramai pengguna secara berperingkat dari bulan ke bulan.

Komen