Carian
Singapura Ingin Memulakan Ujian Kereta Dipandu Automatik Seawal Mac Ini
January 17, 2015 Aman

Kereta dipandu automatik sedia menjadi salah satu perbualan hangat. Menariknya, ia kini dilihat jiran kita Singapura akan menjadi antara negara terawal mengujinya di jalan terbuka – seawal bulan Mac 2015 ini.

Kereta SMART NUS

Ia dilaporkan beberapa jalan raya dengan keadaan trafik rendah terpilih untuk fasa ujian ini, dimana antaranya menghubungkan Biopolis, Fusionpolis dan juga Mediapolis. Jalan raya sepanjang 6 kilometer ini membolehkan mereka yang terlibat dalam industri kereta dipandu automatik ini mengujinya dalam keadaan dunia nyata dan bukan hanya di dalam makmal sahaja.

Seperti semua sedia maklum, harga kenderaan di Singapura adalah amat tinggi apatah lagi dengan ditambah pelbagai jenis cukai. Melalui penggunaan kereta di pandu automatik ini, kerajaan Singapura dilihat ingin memasarkan penggunaan perkongsian kenderaan dikalangan pengguna – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu mod pengangkutan di Singapura. Penggunaan perkongsian kenderaan automatik ini juga dijangka akan mengurangkan bilangan kenderaan sehingga 1/3 di Singapura.

Beberapa syarikat sedia menguji kenderaan yang dipandu automatik, dan di Singapura sendiri, National University of Singapore sedia berkolaborasi dengan pihak MIT dalam menguji kenderaan yang hadir dengan sokongan pemanduan automatik.

Komen