Facebook Memperkenalkan Rekaan Halaman Video Baru Dengan Lebih Meluas Pada Facebook Pages

Facebook Memperkenalkan Rekaan Halaman Video Baru Dengan Lebih Meluas Pada Facebook Pages

Diterbitkan pada Jan 17, 2015 oleh .

Beberapa minggu sebelum ini, kami sedia berkongsi akan yang mana Facebook telah mula menguji rekaan dan paparan halaman video yang baru pada Facebook Pages dalam membawakan pengalaman paparan yang lebih kurang sama seperti halaman YouTube.

Kini, ia dilihat Facebook telah mula memperkenalkan rekaan baru ini dengan lebih meluas, dimana pelbagai Facebook Pages di Malaysia telah mula menerimanya – berkemungkinan hampir semua telah menerimanya.

Facebook Pages Video

Melaluinya kini pihak Facebook turut dilihat memfokuskan kepada perkongsian video melalui laman sosial mereka, sekaligus memudahkan pemilik Facebook Pages menguruskan video yang dimuat-naik dengan mudah.

Sebelum ini, pihak Facebook turut telah menambah beberapa fungsi khusus untuk video, termasuk memaparkan angka tontonan, selain membolehkan ia ditambah ke halaman web dengan mudah.

Facebook Pages Video


TIPS & ULASAN