Puzlook : Cangkerang iPhone Dengan 5 Lensa Kamera

Puzlook : Cangkerang iPhone Dengan 5 Lensa Kamera

Diterbitkan pada Jan 18, 2015 oleh .

Puzzlook-1

Penggunaan lensa tambahan pada peranti pintar bukanlah perkara baru. Kebanyakan lensa tambahan yang dijual di pasaran adalah dari jenis magnetik yang dilekapkan pada lensa peranti. Sistem ini kurang mesra pengguna kerana ia boleh tertanggal dengan mudah dan hilang. Puzlook ialah cangkerang dengan 5 lensa kamera terbina dengan rekaan yang mengingatkan kami kepada permainan teka-teki ketika di sekolah. Lensa yang disertakan ialah lensa mata ikan, sudut lebar 160°, sudut lebar 120°,  telefoto 1.5x dan makro 8x. Selain lensa tambahan Puzlook turut mempunyai memori tambahan 8 Gigabyte , tetongkat mini serta pemalam tripod terbina. Buat masa ini cangkerang ini hanya boleh digunakan oleh iPhone 5S tetapi ada perancangan untuk menghasilkan versi iPhone 6 di masa hadapan.

puzzlook-2

 

 


TIPS & ULASAN