Cari @ Amanz

Dengan perkembangan dunia teknologi, salah satu industri yang menerima kesan positif adalah industri kandungan digital. Pelbagai syarikat baru hadir dengan fokus terhadap kandungan digital, termasuk penerbit sedia ada yang mula beralih kepada arena penerbitan digital.

BacaWorld

Bersempena dengannya juga, kini sebuah persidangan dan pameran khas akan diadakan di Malaysia, dinamakan sebagai BacWorld. BacaWorld dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) dan turut menerima sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Buku Kebangsaan.

Pada acara berkenaan, selain berkongsi mengenai industri penerbitan digital, beberapa perkara lain yang turut dijangka akan menjadi fokus adalah termasuk arena aplikasi mudah-alih, industri digital secara amnya, dan beberapa perkara mengenai inovasi digital.

Kami seperti biasa akan membawakan beberapa kemaskini menarik daripada acara berkenaan, dan anda yang mempunyai masa pada 30 Januari sehingga 1 Februari kelak turut boleh meluangkan masa untuk berkunjung ke BacaWorld yang diadakan di KLCC Convention Centre.

Penafian : Amanz merupakan Portal Rasmi untuk BacaWorld.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd