Peranti Baru Xiaomi Melepasi Sirim – Mungkinkah Redmi 2?

Peranti Baru Xiaomi Melepasi Sirim – Mungkinkah Redmi 2?

Diterbitkan pada Jan 18, 2015 oleh .

Xiaomi agak agresif dengan memulakan tahun 2015 ini, dimana sehingga kini mereka telah memperkenalkan sehingga lima produk baru, iaitu Redmi 2, Mi Note, Mi Note Pro, Mi Box Mini, dan juga Mi Headphone. Pengenalan pelbagai produk baru ini juga membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan bilakah produk baru mereka ini akan memasuki pasaran tempatan.

Xiaomi Redmi 2

Terkini, mengikut pangkalan data daripada pihak Sirim, ia dilihat sebuah peranti baru dengan nama kod 2014817 melepasi pengesahan Sirim yang mana hadir dengan sokongan dwi-SIM. Dilihat secara kasar, ia berkemungkinan adalah telefon pintar Redmi 2 yang telah diumumkan oleh Xiaomi pada minggu pertama Januari ini.

Melalui pertanyaan kami kepada pihak Xiaomi, mereka mengatakan penjualan peranti akan mengambil masa sehingga 2 bulan selepas ia melepasi pengesahan Sirim – dan bergantung terhadap stok dan pengeluaran semasa mereka.

Xiaomi 2014817

Xiaomi Redmi 2 merupakan peranti berspesifikasi asas-pertengahan dan hadir dengan sokongan dwi-SIM dwi-4G, selain turut menggunakan antaramuka MIUI6. Ia merupakan kemaskini kepada keluarga Redmi 1S yang telah diperkenalkan sebelum ini dan dijual di Malaysia pada tahun lepas.

Jadi, bagi para peminat produk Xiaomi, atau bagi mereka yang menantikan produk berspesifikasi asas pada harga bawah RM500, mungkin boleh nantikan produk baru daripada Xiaomi ini dijual di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

DSC_1377_edited

Baca : Pandang Pertama Xiaomi Redmi 2


TIPS & ULASAN