Xiaomi Dilaporkan Akan Hadir Dengan Pengumuman Produk Memfokuskan Permainan Pada Minggu Ini

Xiaomi Dilaporkan Akan Hadir Dengan Pengumuman Produk Memfokuskan Permainan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 19, 2015 oleh .

Xiaomi GamingXiaomi pada tahun 2015 ini telah mengumumkan beberapa produk baru, dan kini ia dilihat mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, dan mempunyai sebuah lagi produk yang ingin diumumkan – dan dikaitkan dengan permainan.

Melalui gambar yang hadir ke arena internet, ia dilihat Xiaomi ingin membuat pengumuman berkaitan dengannya pada 20 Januari ini, dan berkemungkinan memfokuskan kepada pengguna di China sahaja.

Ia tidak diketahui sama ada ia akan lebih memfokuskan kepada kandungan berbentuk permainan ataupun sebuah produk baru. Sebelum ini, pada tahun lepas, pihak Xiaomi telah memperkenalkan sebuah alat kawalan permainan – untuk digunakan bersama-sama dengan MiTV. Jadi ia masih menjadi pertanyaan sama ada ia akan lebih kepada pengumuman berkaitan kandungan seperti penawaran melalui MiTV, ataupun akan menjadi sebuah produk seperti alat kawalan, ataupun sebuah konsol mudah-alih.

Apa pun, produk baru ini kelak dijangka akan memfokuskan kepada hanya pasaran di China sahaja – seperti beberapa produk Xiaomi sebelum ini.


TIPS & ULASAN