Carian
Asus Padfone S Kini Ditawarkan Melalui Asus Online Store
January 19, 2015 Aman

Asus hari ini telah menambah penawaran Asus Padfone S melalui Asus Online Store, sekaligus memudahkan para pengguna tempatan untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar berspesifikasi tinggi tersebut tanpa perlu mencarinya di kedai.

Asus Padfone S

Asus Padfone S

Asus Padfone S

Asus Padfone S membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 801 2.3GHz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi penuh, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PixelMaster, kamera hadapan 2-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE.

Sebelum ini, ia agak sukar untuk pengguna mendapatkan telefon pintar ini di pasaran, apatah lagi terdapat sesetengah penjual menjualnya lebih mahal daripada harga saranan RM899. Kini, dengan pihak Asus sendiri yang menawarkannya, ia akan memudahkan lagi pengguna mendapatkannya tanpa perlu membayar lebih.

Komen