Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan yang memudahkan penyedia perkhidmatan dan syarikat untuk menerima bayaran daripada pengguna melalui perbankan internet. Salah satu perkhidmatan seumpamanya yang turut diuruskan oleh subsidiari Bank Negara adalah JomPAY.

JomPay

JomPAY dilihat ingin memudahkan para peniaga atau organisasi untuk menerima bayaran dengan mudah daripada pengguna di lebih 42 bank seluruh negara. Perkhidmatan dan inisiatif ini dilakukan secara percuma oleh pihak MyClear (subsidiari Bank Negara), namun mungkin terdapat caj transaksi bergantung kepada bank pilihan sesuatu perniagaan. Untuk mendaftar, pemilik perniagaan hanya perlu menghubungi pihak JomPAY, dan seterusnya dan pihak bank akan menghubungi anda.

Sebaik sahaja selesai, anda akan menerima sebuah kod khusus, dimana pengguna yang ingin membeli hanya perlu memasukkan kod tersebut pada perbankan online tanpa perlu memasukkan sebarang nombor akaun bank dan sebagainya.

JomPAY mengatakan setiap transaksi sebelum 5 petang akan dipindahkan ke akaun syarikat pada hari yang sama, sementara transaksi selepas 5 petang akan dipindahkan ke hari selepasnya.

Untuk pengguna umum pula, proses pembayaran ke akaun pembayar ini dimudahkan dimana ia boleh dilakukan melalui lebih kurang 42 bank di Malaysia tanpa masalah, dan anda tidak perlu risau akan caj tambahan untuk transaksi antara bank dan sebagainya.

Program JomPAY ini masih pada peringkat rintis buat masa ini, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia diperkembangan dengan lebih positif dari semasa ke semasa memandangkan ia diuruskan oleh subsidiari dibawah Bank Negara Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd