Spotify Untuk Windows Phone Menerima Kemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

Spotify Untuk Windows Phone Menerima Kemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

Diterbitkan pada Jan 20, 2015 oleh .

Aplikasi untuk Windows Phone daripada pelbagai pengeluar boleh dikatakan agak kurang menerima kemaskini berbanding dengan beberapa platform lain. Hari ini, selepas sekian lama Spotify tidak mengemaskini aplikasi untuk Windows Phone, mereka menawarkan perubahan drastik terutamanya dari segi rekaan antaramuka untuk aplikasi berkenaan.

Spotify Windows Phone

Spotify untuk Windows Phone kini membawakan tema yang berwarna lebih gelap, kemaskini rekaan, serta memudahkan lagi proses menggunakan dan memainkan lagu berbanding sebelum ini. Fungsi Browse juga dilihat dikemaskini dalam memudahkan pengguna untuk mencari dan menemui lagu-lagu baru, disamping pengguna kini boleh menyimpan sesuatu lagu untuk dimainkan kemudian dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan Windows Phone dan juga pelanggan Spotify, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan mencuba sendiri pelbagai perkara baru yang dibawakan olehnya.

Muat-Turun Spotify untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN