Carian
Ebove : Basikal Senaman Interaktif Dengan Sokongan Oculus
January 20, 2015 Effi Saharudin

Basikal senaman sudah wujud sejak 1796 dengan terciptanya Gymnasticon. Ianya dicipta bagi membenarkan pengguna melakukan senaman di dalam rumah tanpa perlu menaiki basikal sebenar. Sejak dari hari itu pelbagai versi dihasilkan dan kami sendiri mempunyai sebuah basikal senaman di rumah yang kini mengumpul debu kerana kami malas menggunakannya. Kesemua basikal senaman sedia ada tidak cukup realistik dalam memberikan ilusi anda menaiki basikal sebenar di luar. Tiada cara untuk merasakan anda menukar gear ketika menaiki bukit atau merasakan hentakan apabila melanggar bonggol. Ebove ialah basikal senaman interaktif yang bukan sahaja menghasilkan semua pergerakan seperti menaiki basikal sebenar, ia juga menyokong penggunaan teknologi Oculus. Ebove didatangi dengan beberapa trek maya yang boleh ditunggangi. Terdapat pilihan trek untuk mountain bike dan juga trek velodrom. Jika anda tidak mempunyai Oculus, trek maya boleh dipaparkan pada tablet yang dipasang pada pemegang basikal. Sokongan berlumba secara maya dengan pengguna Ebove yang lain turut disertakan. Dengan adanya teknologi ini menunggang basikal senaman akan menjadi lebih seronok dan  hampir kepada tunggangan sebenar.

Komen