Power Bank & Pembaca Kad MikroSD Berbentuk Pengawal Nintendo Famicom

Power Bank & Pembaca Kad MikroSD Berbentuk Pengawal Nintendo Famicom

Diterbitkan pada Jan 20, 2015 oleh .

Famicon-Power-Bank-1

Nintendo Famicom ialah konsol yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami. Ia memperkenalkan kami kepada Legenda of Kage dan Mario. Konsol ini mula dijual pada tahun 1983 dan hanya dihentikan pengilangannya secara rasmi oleh Nintendo pada tahun 2003. Sepanjang tempoh 32 tahun kewujudannya sebanyak 62 Juta Famicom berjaya dijual. Oleh itu tidak mengejutkan Famicom kerap dinobatkan sebagai konsol paling berpengaruh dalam sejarah e-permainan. Ini ialah power bank merangkap pembaca kad MikroSD berbentuk pengawal Nintendo Famicom. Ia mempunyai kapasiti bateri 3600 mAh. Ia boleh disambungkan kepada sebuah peranti pintar dan PC untuk menjadi sebuah pembaca kad MikroSD. Pada harga $49 sebuah ianya mungkin agak mahal tetapi sekiranya lebih mementingkan rekaan retro yang mengimbau memori zaman kanak-kanak, ianya harus pada kadar segera.

Famicon-Power-Bank-2


TIPS & ULASAN