Cari @ Amanz

Xiaomi pada pengenalan Mi Note tempoh hari telah sedia mengatakan mereka akan memfokuskan kepada ekosistem rumah pintar, dan terkini, mereka telah pun memperlihatkan beberapa sensor yang boleh digunakan dan dipasang di rumah untuk menghasilkan ekosistem pintar.

Sejumlah sensor yang diperkenalkan itu berhubung melalui WiFi dan juga protokol ZigBee antara satu sama lain, dan dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 2 tahun.

Xiaomi Home Sensor

Xiaomi Home Sensor

Sensor yang ditawarkan dalam bentuk terhad ini masih dilabelkan sebagai beta oleh pihak Xiaomi. Melalui salah satu gambar yang diperlihatkan, Xiaomi menunjukkan yang mana ia boleh digunakan untuk mengetahui sama ada pengguna telah menutup tingkap ataupun sebaliknya, selain turut mengetahui dan mengawal suhu serta pelbagai perkara lain.

Xiaomi Home Sensor

Xiaomi Home Sensor

Ia tidak diketahui bilakah pihak Xiaomi akan menawarkan ia dengan lebih meluas – berkemungkinan untuk menguji pelbagai sensor yang ditawarkan dan mendapatkan maklumbalas pengguna terlebih dahulu. Bercakap mengenai Xiaomi, mereka akan menawarkan ia dalam bentuk jualan terhad pada web untuk pengguna di China, dan harganya – ia hanya 1 Yuan (~60 sen).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd