UTM Hadir Dengan Prototaip Dron UAV CAMAR 1

UTM Hadir Dengan Prototaip Dron UAV CAMAR 1

Diterbitkan pada Jan 20, 2015 oleh .

UTM (Universiti Teknologi Malaysia) sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat teknologi dalam mengkaji dan membangunkan teknologi UAV (Unmanned Aeriel Vehicle). Setelah melalui pelbagai fasa kajian, kini mereka hadir dengan prototaip pertama dinamakan sebagai UTM-UAV CAMAR 1.

UTM UAV CAMAR 1

Nama CAMAR digunakan sebagai akronim untuk Consolidated Advanced Model for Aeronautical Research, dan beberapa fasa prototaip lain untuk CAMAR dijangka hadir selepas ini.

Untuk prototaip CAMAR 1 ini, ia hadir dengan sayap sepanjang dua meter, dan boleh terbang sehingga 20 kilometer dengan ketahanan selama dua jam lamanya. Menurut UTM, UAV CAMAR ini boleh digunakan untuk beberapa tujuan, termasuk untuk pemetaan kawasan dan juga pemantauan sesuatu lokasi.

Prototaip pertama ini hadir setelah dibangunkan selama lebih kurang setahun setengah, dan mungkin kita akan dapat terus melihat perkembangan positif dalam arena dron di Malaysia selepas ini.


TIPS & ULASAN