Cari @ Amanz

Facebook Berita TipuDengan perkembangan dunia rangkaian sosial, salah satu masalah yang sukar dihadapi adalah penyebaran berita-berita palsu dan tidak sahih dikalangan pengguna, sekaligus memberikan impak negatif kepada masyarakat. Untuk mengatasinya, kini Facebook mengambil langkah untuk mengurangkan pelbagai berita dan informasi palsu yang dikongsikan di News Feed.

Facebook mengatakan mereka akan menggunakan beberapa algoritma dalam mengatasi perkara tersebut – termasuk melihat kepada angka dimana pengguna yang telah sedia berkongsi pautan yang memadamkannya selepas seketika, dan melihat kepada bentuk komen yang hadir pada pautan yang dikongsikan.

Facebook juga turut menambah sebuah menu khas pada setiap pautan yang dikongsikan, membolehkan pengguna sendiri untuk melaporkan sekiranya sesuatu info yang dikongsikan rakan mereka itu adalah tidak tepat atau palsu.

Facebook mengatakan fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan melibatkan perkongsian berbentuk pautan, gambar, video dan juga kemaskini status.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd