SpaceX Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1 Bilion Daripada Beberapa Pelabur – Termasuk Google

SpaceX Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1 Bilion Daripada Beberapa Pelabur – Termasuk Google

Diterbitkan pada Jan 21, 2015 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar mengenai laporan mengatakan Google akan melabur pada SpaceX. Hari ini, perkara tersebut disahkan, dimana SpaceX menerima suntikan sebanyak $1 bilion dengan penyertaan gabungan daripada beberapa pelabur termasuk salah satunya adalah daripada pihak Google.

Pelaburan pihak Google ini dilihat selari dengan visi mereka untuk menawarkan sambungan rangkaian internet kepada beberapa negara membangun yang sukar untuk mendapatkan akses berkenaan.

SpaceX merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada ekspolarasi angkasa, dan pada masa yang sama, baru-baru ini mereka hadir dengan projek satelit bersaiz kecil yang mengorbit bumi dan menawarkan sambungan internet serta komunikasi. SpaceX menyasarkan untuk menawarkan akses komunikasi yang lebih pantas berbanding beberapa satelit tradisional pada hari ini. Disamping itu, SpaceX juga turut memfokuskan kepada misi planet Marikh, dan beberapa perancangan lain.

Dengan pelaburan ini, pihak Google terus memfokuskan kepada teknologi terkini, dan mungkin mereka turut boleh menggunakan kepakaran SpaceX dalam merakamkan gambar bumi untuk tujuan Google Earth dan sebagainya.

Google sebelum ini dalam usaha menawarkan akses internet ke kawasan pedalaman, telah bereksperimen dengan projek Project Loon, selain mengambil-alih syarikat berkaitan dengan dron.


TIPS & ULASAN