Cari @ Amanz

Evernote BlackBerryEvernote hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan aplikasi mereka untuk pengguna peranti menjalankan sistem operasi BlackBerry 7, dan juga sokongan untuk tablet BlackBerry iaitu BlackBerry PlayBook.

BlackBerry 7 merupakan sistem operasi lama BlackBerry yang digunakan pada produk seperti Bold dan Curve, dan bergantung kepada BIS untuk berhubung ke internet. BlackBerry telah memperkenalkan BlackBerry 10 pada tahun 2013 yang lepas, dan mungkin pihak Evernote tidak ingin membazir tenaga dengan menyokong kedua-dua versi sistem operasi berkenaan.

Evernote mengatakan sokongan untuk BlackBerry 7 dan PlayBook ini akan ditamatkan pada 7 Februari 2015 kelak. Bagi pengguna platform berkenaan, anda masih boleh mengakses perkhidmatan tersebut dengan ke laman Evernote versi web pada pelayar web di dalam peranti tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd